5 Lokasi Mesti-Kunjung Pelancong Malaysia di London

 

London adalah kota yang paling selalu dikunjungi oleh pelancong-pelancong Malaysia di kalangan yang agak berada atau paling tidak pun, golongan yang berpendapatan pertengahan. Mengapa? Kota London dan Malaysia mempunyai sejarah tersendiri dan apa yang penting, destinasi London ini telah berada di hati warga Malaysia sejak sebelum kemerdekaan Malaysia lagi.

Cuba saja berjalan di Oxford Street, bak kata orang, kalau baling beberapa biji batu, satunya pasti akan terkena pelancong Malaysia atau warga Malaysia yang menetap di kota London. Jadi anda bayangkanglah betapa biasanya warga Malaysia dengan kota London ini.

  1. Oxford Street

Oxford Street adalah jalan yang terkenal dengan tarikan beli belah. Di sini, anda akan jumpa hampir semua jenama terkemuka di UK. Lokasi pejalan kaki paling popular sepanjang jalan ini  adalah di antara Marble Arch dan Regent Street. Pastikan anda memakai kasut yang selesa dan sentiasa berhati-hati dengan penyeluk saku sama ada pelakunya orang lain ataupon anda sendiri yang menjadi pelakunya dek kerana pelbagai pilihan beli belah!

2. Tower Bridge (London Bridge)

Tower Bridge adalah tarikan agung yang sering dikelirukan dengan London Bridge. Kedua-dua jambatan ini sebenarnya bersebelahan jadi jika anda tersalah jambatan sekalipun, anda akan nampak Tower Bridget ini. Dicadangkan kalau anda mempunyai masa, datanglah melihat Tower Bridge pada siang hari dan di malam hari kerana keindahannya sama indah pada siang atau malam.

3. Big Ben

Big Ben adalah nama timangan yang diberikan kepada menara jam yang terletak di Palaca of Westminster. Merupakan satu mercu tanda London sama juga seperti Tower Bride yang wajib menjadi lokasi penggambaran atau selfie untuk menjadi bukti anda pernah melancong di London.

4. Picadilly Circus / Trafalgar Square

Picadilly Circus dan Trafalgar Square sebenarnya adalah berdekatan. Tidak seperti namanya, Picadilly Circus bukanlah Circus (namun boleh jadi juga circus manusia pelbagai ragam). Ia adalah pusat hiburan untuk warga kota London. Trafalgar Square pula adalah lokasi untuk anak anda mengejar burung merpati dan juga dimana terletaknya pejabat Tourism Malaysia.

5. Harrods

Orang Malaysia kalau tak pergi Harrods memang tak sah! Sah apa kami tak pasti tapi yang pasti Harrods adalah lokasi beli belah yang mesti-kunjung oleh pelancong Malaysia. Pusat beli belah Harrods ini menjual hampir semua jenama mewah antarabangsa dari pakaian hinggalah ke makanan mewah. Belilah apa yang paling murah sekalipun yang paling penting anda akan membawa balik beg plastik hijau Harrods yang dikenali di seluruh dunia! (Nota kaki: pemilik JOM.MY ini pernah berkerja dengan Harrods suatu masa dahulu).

Lokasi-lokasi popular lain untuk pelancong Malaysia:

  • Bayswater – Lokasi untuk mencari makanan Halal dan lokasi perjumpaan popular dengan rakan-rakan yang menetap di London
  • Malaysia Hall – Terletak bersebelahan Bayswater, Malaysia Hall adalah tempat untuk anda menginap dengan harga yang berpatutan dan juga mempunyai kantin makanan Malaysia juga pada harga berpatutan

 

Leave a Comment